Sunday 21 January 2018

Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu 2017

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah menghantar kontinjen sukan untuk menyertai Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan Peringkat Negeri Terengganu pada10- 12 November 2017. TAHNIAH kepada kontinjen MBKT kerana berjaya menjadi johan keseluruhan!!! Berikut adalah keputusan penuh kejohanan :



Bil
Jenis Sukan
Kedudukan (Mata)
1.
Bola Jaring
Johan (3)
2.
Badminton
Johan (3)
3.
Tenis
Johan (3)
4.
Bowling
Johan (3)
5.
Tarik tali
Johan (3)
6.
Dam aji
Johan (3)
7.
Ping pong
Naib Johan (2)
8.
Congkak
Naib Johan (2)
9.
Karaoke
Ketiga
10.
Bola Sepak
Kalah Peringkat Kumpulan
11.
Dart
Kalah Peringkat Kumpulan

Tuesday 17 October 2017

Pertandingan Futsal Piala Datuk Bandar 2017 (Dewan Bandaraya Kuching Utara)

Laporan Pertandingan

Pertandingan Futsal Piala Datuk Bandar 2017 yang di anjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah diadakan pada 13-15 Oktober 2017. Pasukan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah menghantar pasukan dan menjuarai pertandingan tersebut.







Kejohanan Tenpin Bowling Sukan Kerajaan Tempatan MALA 2017

Laporan Kejohanan

Pada 8-10 September 2017 Kejohanan Tenpin Bowling Sukan Kerajaan Tempatan MALA 2017 telah diadakan. Sebanyak 54 pasukan daripada 30 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menyertai kejohanan ini. Pemenang-pemenang kejohanan ini adalah seperti berikut:

Johan : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah - MBMB (8142 jatuhan pin)
Naib Johan : Majlis Perbandaran Klang A - MPKlang A (8060 jatuhan pin)
Tempat Ke-tiga : Majlis Perbandaran Pasir Gudang A - MPPG A (7748 jatuhan pin)
Tempat Ke-empat : Majlis Bandaraya Ipoh B - MBI B (7556 jatuhan pin)

Pemain lelaki terbaik : Jason - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (2207 jatuhan pin)

Pemain wanita terbaik : Syakila - Majlis Perbandaran Klang (2065 jatuhan pin)

Perfect Game : Majlis Bandaraya Melaka

PBT Terbaik : Majlis Perbandaran Klang

Thursday 10 August 2017

Sumbangan Kebajikan Oleh Kelab Sukan Dan Kebajikan


BIL
PERKARA
JUMLAH ( RM )
CATATAN
1.
Sumbangan Perkahwinan
100.00
1.   Terhad untuk sekali permohonan sepanjang perkahwinan perkhidmatan
2.   Dokumen yang diperlukan :
·  Borang Permohonan
·  Salinan Sijil Nikah/ Sijil Pendaftaran Perkahwinan.
3.   Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh berkahwin. Permohonan selepas tempoh 12 bulan akan ditolak.
2.
Sumbangan Persaraan
Persepakatan
RM 1000.00 (Tunai)
(Kelab Sukan)
 
RM 1000.00 (Jam)
(Majlis)
1.   Dokumen yang diperlukan :
·  Borang Permohonan
·  Salinan Surat Pengesahan Bersara
3.
Sumbangan Kelahiran
100.00
1.   Terhad untuk 3 orang anak sahaja
2.   Dokumen yang diperlukan :
·  Borang Permohonan
·  Salinan Sijil Kelahiran
3.   Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kelahiran. Permohonan selepas tempoh 12 bulan akan ditolak.
4.
Sumbangan Kematian
Kematian Ahli 5,000.00

Kematian Suami/Isteri
500.00

Kematian Anak 350.00

Kematian Ibu/Bapa 100.00
1.   Dokumen yang diperlukan :
·       Borang Permohonan
·       Salinan Sijil Kematian
·       Salinan Sijil Nikah/ Sijil Pendaftaran Perkahwinan (sekiranya simati adalah isteri atau suami)
·       Salinan Sijil Kelahiran Pemohon (sekiranya simati adalah ibu pemohon)
2.   Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kelahiran. Permohonan selepas tempoh 12 bulan akan ditolak.
3.   Permohonan untuk kematian ibu/bapa adalah terhad untuk ibu/bapa kandung sahaja.
5.
Sumbangan Masuk Wad
50.00 @ Hamper
1.   Terhad untuk Ahli Sahaja

2.   Ahli telah dimasukkan ke wad hospital untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 hari

3.   Terhad untuk sekali setahun

4.   Dokumen yang diperlukan :
·  Borang Permohonan
·  Salinan Sijil Cuti Sakit
·  Salinan bukti kemasukkan di wad, hospital

5.   Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kemalangan/sakit. Permohonan selepas tempoh 3 bulan akan ditolak.
6.
Sumbangan Bencana
Kebakaran
1000.00

Banjir
200.00
1.   Terhad untuk Ahli Sahaja

2.   Bencana termasuk kebakaran dan banjir

3.   Jumlah sumbang anakan diputuskan oleh Mesyuarat AJK KESUMBA

4.   Dokumen yang diperlukan :
·  Borang Permohonan
·  Salinan gambar kejadian
·  Salinan Laporan Polis

5.   Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan polis. Permohonan selepas tempoh 3 bulan akan ditolak
7.
Sumbangan Anak Melanjutkan Pelajaran
Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta
300.00
1.   Dokumen yang diperlukan :
·       Borang Permohonan
·       Salinan Surat Tawaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi
·       Salinan Sijil Kelahiran anak tersebut
2.   Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran kemasukan. Permohonan selepas tempoh 12 bulan akan ditolak.
8.
Sumbangan Kecemerlangan Anak-Anak Ahli Dalam Bidang Akademik
UPSR (5A)
150.00

PT3
300.00

SPM
500.00

STPM
500.00
1.     Dokumen yang diperlukan :
  • UPSR – Pelajar perlu mendapat kelulusan sekurang-kurangnya 5’A’.
  • PT3 – Pelajar perlu mendapat kelulusan sekurang-kurangnya 7’A’.
  • SPM – Pelajar perlu mendapat kelulusan sekurang-kurangnya 7’A’.
  • STPM – Pelajar perlu mendapat kelulusan sekurang-kurangnya 3.0 ‘CGPA’.
2.     Dokumen yang diperlukan :
  • Borang Permohonan
  • Salinan Slip Keputusan Peperiksaan
  • Salinan Sijil Kelahiran anak tersebut
3.     Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pengumuman keputusan peperiksaan dikeluarkan. Permohonan selepas tempoh 12 bulan akan ditolak
9.
Sumbangan Sakit Kronik
(Mengikut kategori penyakit yang dilindungi oleh insurans)*
Ahli
RM 700.00

Suami/Isteri
RM 500.00

Anak
RM 300.00
1.     Dokumen yang diperlukan :
·       Borang Permohonan
·       Salinan Laporan Perubatan/Kemasukan Wad
·       Salinan Sijil Nikah (sekiranya pesakit adalah isteri atau suami)
·       Salinan Sijil Kelahiran (sekiranya pesakit adalah anak pemohon)
2.     Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran kemasukan. Permohonan selepas tempoh 12 bulan akan ditolak.